Tuesday, April 26, 2011

Mesyuarat Akademik Zon Pasir Putih Kali ke-3 di SK Pasir Puteh

Merujuk kepada perkara di atas, SK Pasir Puteh yang telah menjadi pengerusi bagi Zon Pasir Putih telah berjaya mengadakan mesyuarat zonnya buat kali ke-3. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pn Hajah Mardiana Binti Sajadi, Guru Besar SK Pasir Puteh.

Pn Hajah Mardiana  bersama setiausaha zon, Pn Hajah Seri Rahayu... berbincang sebelum memulakan mesyuarat.

Pn Mardiana mempengerusikan mesyuarat zon.

Seramai 16 orang telah hadir dalam mesyuarat tersebut yang terdiri daripada guru besar dan setiausaha peperiksaan. Sekolah-sekolah Zon Pasir Putih terdiri daripada SK Pasir Puteh, SK Tanjung Puteri Resort, SK Tanjung Langsat, SK Perigi Aceh, SK Taman Pasir Putih, SK Kota Masai dan SK Kota Masai 2. 


 Menjamu selera sebelum mesyuarat dimulakan.

Guru-guru yang hadir dalam mesyuarat zon akademik zon Pasir Putih

No comments:

Post a Comment